Pembuluh nutrisi hingga ke pembuluih darah anda memainkan peranan penting dalam mengekalkan kehidupan. Pembuluh darah membawa oksigen dan nutirsi ke sel-sel di seluruh tubuh yang mana memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka dan melawan patogen yang boleh menyerang. Dengan kata lain, darah dan pembuluh darah adalah bahagian paling pentingsekali buat tubuh kita. Jikalau ianya dipotong, boleh menyebabkan risiko kematian. Gaya hidup menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan bekuan darah. Ianya dipanggil darah kental atau berminyak. Itu merbahaya, tapi apa penyebabnya?
Pembekuan darah, minum berlebihan, kegemukan, kurang olahraga, kurang tidur, merokok dan gaya hidup penuh tekanan darah boleh membuat likat. Pada titik masa ini, jika tidak ditangani, anda pasti akan mempunyai masalah besar terhadap kesihatan anda. Penambahan kelikatan darah menyebabkan pengairan darah dalam kapilari darah terjejas. Kemudian, sel-sel di sekitarnya akan dibunuh kerana kekurangan gizi. Secara berperingkat, deposit kolestrol akan terbentuk pada pemukaan bahagian dalam arteri yang membekalkan darah ke jantung atau otak, semakin menghalang aliran darah. Ini merupakan tanda awal atherosclerosis dan merupakan penyebab utama stroke dan serangan jantung. Kerana gaya hidup anda menyebabkan keliatan darah bertambah, maka anda hendaklah mencari penyelesaian terpenting.
Sel Darah Sihat Sel Darah Sakit
Darah yang berwarna merah muda, cair dan bersifat alkali manakala darah yang sakit berwarna gelap, pekat dan bersifat asid. Darah yang pekat tidak dapat mengalir dengan lancar, kotoran yang terpendam akan melekat pada dinding saluran akibatnya saluran darah tersumbat dan mengundang pelbagai penyakit seperti Sakit Jantung, Stroke, Tekanan Darah Tinggi, Sakit Buah Pinggang, Gout, Kanser dan lain-lain.

Fungsi darah adalah menghantar oksigen. Udara yang kita sedut, selepas diproses oleh paru-paru, oksigen akan dihantar ke seluruh badan melalui darah. Kalau saluran darah tersumbat, darah tidak dapat menghantar oksigen, Apakah yang akan berlaku? Sel-sel pada bahagian itu akan mati dan mengundang penyakit Stroke.
Darah juga berfungsi menghantar hormon. Hormon membawa peranan yang amat penting dalam sistem badan manusia. Contoh: Insulin merupakan sejenis hormon yang menukarkan gula kepada tenaga. Jika insulin tidak seimbang, manusia akan menghadapi masalah gula dalam darah, iaitu Kencing Manis.

Sakit jantung terjadi apabila saluran darah utama pada jantung telah menyempit atau tersumbat disebabkan oleh lemak dan kolestrol yang berlebihan. Apabila keadaan ini dibiarkan, oksigen tidak akan sampai pada jantung dan jantung menjadi lemah dan kemungkinan akan berhenti berdenyut.